Pengajian islam
NAMA | ABDUL HAKIM BIN YAKUB |
NO MATRIK | KJC 1010107 |
TAJUK ARTIKEL | SISTEM EKONOMI ISLAM ADALAH SESUAI UNTUK SEMUA UMAT MANUSIA. BUKTIKAN |
SEKSYEN | 2 |
URL BLOG | hakimyakub.blogspot.com |
PENSYARAH | USTAZ MUNIB BIN AHMAD |
TARIKH HANTAR | 18.NOVEMBER.2010 |
TAJUK ASSIGNMENT
SISTEM EKONOMI ISLAM
ADALAH SESUAI UNTUK
SEMUA UMAT MANUSIA.
BUKTIKAN
1. PENDAHULUAN
Sistem ekonomi Islam merangkumi definisi, asas dan prinsip, institusi dan perlaksanaan serta sumber dan aktiviti ekonomi umat Islam pada zaman Nabi Muhammad (saw), Khulafah al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah dan seterusnya zaman Islam di Nusantara sebelum tahun 1800.
Dalam membicarakan definisi dan konsep ekonomi Islam suatu perbandingan antara definisi dan konsep ekonomi Islam dengan definisi dan konsep ekonomi barat akan dilakukan bagi memudahkan untuk memahami kedua-dua sistem ekonomi tersebut.
2. DEFINISI EKONOMI
Terdapat beberapa definisi ekonomi yang diberikan oleh pakar-pakar ekonomi Barat, antaranya adalah Adam Smith dan Marshall. Menurut beliau, ekonomi ialah suatu disiplin ilmu yang mengkaji sarana-sarana kekayaan bangsa-bangsa dengan memusatkan perhatian secara khusus tentang sebab-sebab kebendaan daripada kemakmuran,seperti hasil industri atau pertanian atau seumpamanya. Justeru, ekonomi dianggap sebagaiilmu kekayaan. Menurut beliau, manusia mempunyai kemahuan, dan hasil-hasil itu tidak akan diperoleh kecuali oleh manusia dan untukmanusia itu sendiri.
Menurut Marshall pula, ekonomi adalah ilmu tentang kehidupan manusia berhubung persoalan bagaimana manusia mamperoleh pendapatan dan bagaimana pula mereka menggunakannya.
Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan syariah Islam sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredaan Allah(swt). Ekonomi islam dalam pengertian ini merupakan sebahagian daripada cara hidup Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani dan jasmani, atau spiritual dan material.
Dalam perkembangan pemikiran ekonomi Islam, pemisahan antara ilmu ekonomi dengan ilmu agama atau ilmu yang diwahyukan seperti tauhid dan fekah tidak berlaku sama sekali kerana asas pemikiran ekonomi Islam bertauk dalam konsep segi tiga iaitu allah(swt) sebagai Pencipta dan Penguasa keatas makhluk-nya, manusia ssebagai hamba yang menerima, mematuhi perintah dan menikmati anugerah Maha Pencipta, dan kekayaan alam yang mesti dimanfaatkan oleh manusia menurut hukum dan peraturan Yang Mencipta iaitu Allah(swt). Dalam pengertian ini ekonomi Islam idak memisahkan manusia daripada alamnya atau daripada kepercayaan akidahnya.
Definisi ini telah memberikan perbezaan yang jelas daripada definisi Barat yang hanya melihat ekonomi dalam bentuk tingkah laku atau perbuatan manusia untuk mendapatkan kepuasan fizikal semata-mata dengan melupakan aspek rohani dan moral.
3. ASAS-ASAS
EKONOMI ISLAM
Jika asas ekonomi Marxis/sosialis tertera dalam konsep ‘pertarungan kelas’ dan asas ekonomi kapitalis pula tergambar dalam konsep lasser fair, maka asas ekonomi islam terungkap dalam konsep ‘tauhid’ yang dikaitkan dengan konsep, ketuhanan (rububiyah), kesician jiwa (tazkiyah), manusia sebagai hamba dan khalifah, persaudaraan, pengorbanan bagi menuju matlamat ekonomi islam.
Konsep tauhid menurut Al-quran merangkumi hubungan antara manusia dengan tuhan(Allah swt),hubungan sesame manusia dan hubungan manusia dengan alam sekeliling.
Konsep rububiyah berkait dengan sifat Allah (swt) sebagai Pencipta dan Penguasa yang membuat hukum dan peraturan bagi memelihara kehidupan makhluk di dunia dan akhirat. Dalam konteks ekonomi, ia merupakan peraturan Ilahi bagi meningkatkan kualiti hidup di dunia untuk memberi laluan ke alam akhirat.
Tazkiyah berkait rapat dengan proses pembentukan sahsiah dan akhlak. Satu daripada tujuan perutusan para rasul ialah untuk memurni dan mensucikan hati nurani manusia dalam hubungannya dengan Allah (swt), manusia dan alam. Pensucian harta adalah melalui zakat. Daripada tazkiyahlah lahirnya perkataan zakat.
Manusia sebagai hamba allah (swt) disuruh menerima dan patuh segala suruhan-Nya yang terangkum dalam istilah ubudiyah dan sekali gus sebagai khalifah Allah (swt) di muka bumi. Dengan kata lain, manusia berperanan sebagai pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab untuk memakmurkan bumi Allah (swt).
Persaudaraan adalah merupakan rasa kasih sayang, hormat-menghormati serta bertanggungjawab dan rela berkorban kepada agama, masyarakat dan negara. Oleh -itu tidakan tindas-menindas, memeras, eksploitasi, sifat bakhil tidak harus wujud dalam kerangka pemikiran ekonomi Islam.
4. PRINSIP ASAS
EKONOMI ISLAM
Prinsip asas disini bermaksud sesuatu ketetapan yang tidak berubah dan tidak boleh diubah walau apa keadaan sekalipun. Ia terbahagi kepada 3; hak milik, kebebasan terpimpin dan campur tangan pihak berkuasa.
Hakmilik yang sebenar ialah Allah (swt) sebagai Pencipta segala kejadian. Justeru, Allah (pemilik mutlak ke atas alam dan segala isi kandungannya di bumi, di laut dan di udara. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manfaat daripada anugerah Allah (swt) tersebut sebagai satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Berhubung perkara ini firman Allah (swt) yang bermaksud :
DIALAH JUA YANG MEMILIKI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN YANG |
ADA DI BUMI, SERTA YANG ADA DI ANTARA KEDUA-DUANYA, |
DAN JUGA YANG ADA DI BAWAH TANAH BASAH DI PERUT BUMI |
(TAHA : 6) |
Hak milik dalam Islam adalah tidak mutlak, tetapi terikat kepada hokum dan peraturan Ilahi untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan masyarakat dan Negara. Manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sudah ditentukan terhadap harta bendanya. Allah (swt) membrikan hak kepada manusia menggunakan kekayaan dan harta miliknya dalam hal-hal yang diharuskan sahaja dan bukan disebaliknya. Firman Allah (swt), yang bermaksud :
DAN (ingatlah) KETIKA TUHAN BERFIRMAN KEPADA MALAIKAT : |
“SESUNGGUHNYA AKU HENDAK MENJADIKAN KHALIFAH DI MUKA BUMI”. |
MEREKA BERTANYA (tentang hikmat ketetapan tuhan itu) : |
“ADAKAH TUAN HAMBA (wahai tuhan kami) HENDAK MENJADIKAN DI BUMI |
ITU ORANG YANG AKAN MEMBUAT KEROSAKAN DAN MENUMPAHKAN |
DARAH (berbunuh-bunuhan), PADA HAL KAMI SENTIASA BERTASBIH |
DENGAN MEMUJI TUAN HAMBA DAN MENSUCIKAN TUAN HAMBA?” |
TUHAN BERFIRMAN : |
“SESUNGGUHNYA AKU MENGETAHUI APA YANG KAMU TIDAK KETAHUI.” |
(AL-BAQARAH: 30) |
Hak memiliki terbahagi kepada dua; hak milik khusus (individu) dan hak milik umum (masyarakat dan nagara). Islam mengakui fitrah manusia iaitu keinginan memiliki harta. Oleh itu Islam membenarkan pemilik harta secara individu. Pada masa yang sama, Islam mensyaratkan pemilik harta supaya menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, kehormatan dan keselamatan harta, serta malarang memperoleh harta secara haram seperti mencuri, menipu dan merompak. Dalam pada itu, setiap prinsip dan tujuan pemilikan harta mesti dipatuhi kerana pemilikan harta yang banyak boleh mendatangkan bahaya seperti kecintaan terhadap harta boleh melalaikan manusia daripada melakukan ibadat dan menjadi sombong serta bongkak. Di sebaliknya, jika tiada harta atau ditimpa kemiskinan boleh membawa kepada kehinaan dan kekufuran. Sabda Nabi Muhammad (saw), yang bermaksud; kefakiran itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.
Di samping kerosakan dan bahaya diri sendiri, pemilikan individu yang tidak terkawal dan terarah boleh mendatangkan gangguan terhadap orang lain dan kebajikan umum. Misalnya, jika seorang hartawan tidak menunaikan zakat akan menyempitkan lagi golongan yang berhak menerimanya. Ringkasnya, pemilik harta individu menyangkut persoalan hak individu dan juga hak masyarakat.
Pemilik individu diperoleh menerusi harta pusaka/warisan, wasiat, pemberian derma dan hadiah, berusaha sendiri seperti berniaga, bertani dan sebagainya.
Demi kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat, islam telah menentukan beberapa garis panduan cara-cara pemilikan harta, antaranya :
1. Dalam mendapatkan harta benda hendaklah dengan jalan yang halal dan tidak dengan cara pengambilan riba, penipuan, penindasan, rasuah, eksploitasi dan cara-cara lain yang bertentangan dengan syariat Islam.
2. Harta-harta itu jika cukup nisab (kadar yang ditentukan untuk berzakat) dan haulnya (genap setahun)hendaklah dikeluarkan zakat atau dalam bentuk cukai dan sedekah/sumbangan ke jalan Allah (swt).
3. Dalam agihan harta hendaklah dielakkan daripada berlaku jurang pendapatan yang terlalu besar atau melakukan pembekuan harta sehingga orang lain tidak dapat menikmati hasil daripada pengembangan harta yang banyak itu.
4. Harta kekayaan tidak boleh disalahgunakan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
AKTIVITI-AKTIVITI EKONOMI YANG DILARANG
Larangan atau pengharaman ini merangkumi aktiviti-aktiviti penggunaan dan pengeluaran iaitu segala bentuk aktiviti yang diharamkansecara mutlak (qat’i) seperti riba, judi, lacur, boros, kikis, membazir, menyorok barang keperluan, menipu timbangan dan sukatan, menyonsong barang orang disusun sebelum sampai ke pasar, menjual beli barang yang belum dimiliki, atau belum wujud atau tidak diketahui dengan sepenuhnya dan lain-lain aktiviti yang boleh merosak, merbahaya, dan mengganggu keselamatan fizikal, psikologi dan mental, kecuali dalam keadaan terpaksa (darurat).
AKTIVITI EKONOMI YANG DIHARUSKAN
Adalah menjadi kewajipan bagi seorang Muslim yang ingin memenuhi keperluan hidupnya bergiat dalam lapangan ekonomi dengan menjalankan ekonomi secara yang halal. Pengharusan ini juga melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan.
1. Barangan pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh islam iaitu barangan yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.
2. Dalam proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja. Dan begitu juga di pihak pekerja mesti menjaga kualiti pengeluaran dan nama baik syarikat.
3. Dalam proses penggunaan, mestilah dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Disebaliknya digalakkan sifat jimat cermat, berhemat dan bantu-membantu serta menggunakan dalam perkara-perkara yang diharuskan sahaja.
Tujuan amalan ekonomi yang diharuskan ini adalah antara lain untuk melatih dan mendidik jiwa manusia supaya sentiasa dapat mendisiplinkan diri, mengawal nafsu serta melahirkan manusia yang berjiwa bersih dan bertaqwa.
5. BAITUL MAL
Baitul Mal (rumah harta) atau dalam istilah moden Perbendaharaan Negara merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan harta-harta umum atau tempat menyimpanbarangan yang berharga seperti wang, emas dan perak, batu permata dan barang perhiasan yang berharga.
Sejarah penubuhan Baitul Mal sudah bermula sejak zaman Nabi Muhammad (saw) lagi. Akan tetapi oleh kerana pendapatan negera pada waktu itu terlalu sedikit, maka institusi Baitul Mal tidak diperlukan dan semua hasil yang diperoleh sama ada menrusi zakat, sedekah atau menrusi peperangan telah diagihkan oleh Baginda kepada yang berhak pada waktu itu juga. Tambahan pula sifat Baginda tidak suka menyimpan barang amanah kerana takut akan menimbulkan kesulitan pada masa-masa akan datang.
Walaupun demikian, ada pendapat menyatakan bahawa Baitul Mal telah wujud pada zaman Khalifah Abu Bakar al-siddiq. Sebagai buktinya, pada zaman pemerintahan Abu Bakar, ‘Umar ketika itu belum jadi khalifahmencadangkan kepada Abu Bakar supaya berjumpa dengan Abu ‘Ubaydah iaitu pemegang kunci Baitul Mal untuk mendapatkan wang bagi keperluan keluarganya. Pada mulanya Abu Bakar ingin membawa bahan-bahan pakaian dagangan untuk dijual dipasar. Peristiwa ini berlaku pada hari kedua setelah Abu Bakar dilantik sebagai khalifah. Terdapat satu lagi peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan Abu Bakar yang membuktikan bahawa Baitul Mal telah wujud pada zaman itu. Ketika Khalifah Abu Bakar hamper meninggal dunia, beliau berpesan kepada ‘Umar supaya mengambil hartanya sebanyak 8000 dirham untuk dikembalikan kepada Baitul Mal. Peristiwa tersebut membuktikan bahawa institusi Baitul Mal telah wujud pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, tetapi perlaksanaannya masih di peringkat awal dan tidak begitu menyeluruh. Dengan kata lain, perlaksanaannya pada waktu itu tidak begitu sistematik seperti pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar bin al-khattab.
Umumnya mengatakan bahawa tarikh penubuhan rasmi Baitul Mal ialah pada zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab. Pada zaman ‘Umar telah berlaku penaklukan wilayah yang sangat luas menyebabkan harta benda diperoleh menerusi perluasan wilayah tersebut. Keputusan penubuhan Baitul Mal ini adalah berasaskan kepada beberapa ayat Al-quran, Hadis dan ijtihad para sahabat. Antara keputusan yang dibuat daripada ijtihad itu ialah bahawa ketua Negara atau khalifah harus menentukan dasar kewangan Negara dan sumber yang diperoleh daripada Baitul Mal serta kegunaannya menurut kehendak syarak.
Sumber Baitul Mal atau ekonomi Islam boleh dibahagikan kepada
3 bahagian seperti berikut :
1. HARTA RAMPASAN | 1. ZAKA FITRAH | PERLOMBONGAN |
(GHANIMAH AND FAY’) | 2. ZAKAT HARTA | PERUSAHAAN |
2. CUKAI | 3. SEDEKAH | PERNIAGAAN |
(KHARAJ,JIZYAH,USYUR) | 4.WAKAF | PERTANIAN |
3. HARTA KARUN ATAU TANPA WARIS | LAIN-LAIN |
Harta masyarakat ialah harta yang diperoleh daripada masyarakat yang berada atau orang kaya untuk diagih kepada golongan yang berhak menerimanya, termasuklah fakir miskin. Harta Negara ialah harta yang diperoleh menerusi ekspedisi ketenteraan di wilayah-wilayah bukan islam. Hasil ekspedisi dan penaklukan ialah penguasaan harta benda, termasuklah tanah yang dikenakan cukai kharaj dan masyarakat yang enggan memeluk islam, Zimmi, dikenakan cukai jizyah. Disamping itu kerajaan mengenakan cukai perniagaan yang dipanggil ‘usyur kepada orang islam dan bukan islam. Dan akhir sekali harta karun yang ditemui di perut bumi atau di dasar laut yang dianggap sudah tidak bertuan. Semua harta benda ini menjadi hak milik Negara. Sementara harta umum ialah hasil usaha masyarakat sama ada di peringkat individu atau kelompok menerusi pelbagai aktiviti ekonomi yang turut memajukan ekonomi dan pembangunan Negara.
Dari 3 jenis harta atau sumber ekonomi islam itu tadi hanya yang pertama dan kedua sahaja yang menjadi sumber Baitul Mal, sementara yang ketiga adalah milik individu atau kelompok, dan ia hanya akan menjadi milik Baitul Mal jika sekiranya harta benda itu dijadikan zakat atau sedekah/hadiah.
6. ZAKAT
perkataan zakat telah disebut sebanyak 58 kali dalam Al-Quran, 32kali disebut bersendirian, dan 26 kali disebut beriringan dengan kalimah solat. Kadangkala zakat disebut dengan lafaz sadaqah, nafaqah, haq dan al-‘afw. Zakat merupakan rukun islam yang ketiga.
Dari segi bahasa, zakat berasal dari perkataan arab daripada kata dasar zaka yang bererti penambahan atau pensucian. Pengertian pertama bermaksud member dan menambah kemakmuran dan pahala umat islam. Pengertian kedua pula bererti pembayaran bagi mensucikan jiwa umat islam.
Hal ini dijelaskan dalam Surah al- Taubah, ayat 103 yang bermaksud :
AMBILLAH ZAKAT DARIPADA SEBAHAGIAN HARTA MEREKA, |
DENGAN ZAKAT ITU KAMU MEMBERSIHKAN |
DAN MENSUCIKAN MEREKA.... |
Daripada ayat tersebut, tergambar bahawa zakat yang dikeluarkan olehumat Islam akan dapat menyucikan dan mambersihkan hati manusia, tidak lagi mempunyai sifat tencela terhadap harta seperti rakus dan kikir.
Dalam al-Quran, perkataan zakat diberi 7 makna iaitu syahadah (Surah ‘Abasa,7), zakat (surah al-Baqarah,227), kebaikan(surah Fatir,18), zakat fitrah(surah al-A’la,,14), suci(sarah al-Baqarah,174), halal(surah al-kahfi,19) dan sadaqah(surah Maryam,12). Manakala dari sudut bahasa, zakat boleh membawa berbagai-bagai makna. Antara maksudnya ialah kesuburan(al-nama’), kesucian(al-taharah), keberkatan(al-baraqah), dan kedamaian(al-salah).
Pengeluaran harta ini dinamakan dengan zakat kerana 2 sebab utama. Sebab yang pertama ialah kerana zakat itu merupakan suatu sebab yang diharap akan mendatangkan kesyukuran atau penyuburan pahala. Kedua ialah kerana zakat itu merupakan suatu kenyataan dan kesucian jiwa daripada kekotoran jiwa.
ORANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Dari segi syarak, zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisabnya dan genapsetahun(gaul). Zakat akan diberikan kepada orang yang berhak memilikinya dengan syarat yang khusus. Mereka yang berhak menerima zakat ialah orang fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, orang yang berjihad (fisabilillah) dan orang yang merantau (ibnu sabil), sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah al-Taubah, ayat 60. Fisabilillah merupakan orang yang berjuang untuk keperluan dan muslihat orang islam demi menegakkan syiar islam, termasuk berperang menentang orang kafir, ibnu sabil pula merupakan orang yang kehabisan wang dalam perjalanan yang bertujuan baikdan dibenarkan oleh syarak termasuk mencari rezeki yang halal dan menuntut ilmu.
7.KHARAJ
perkataan kharaj dipinjam daripada bahasa Byzantine, kharaj yang bermaksud UFTI. Akan tetapi dalam konteks sejarah islam ia bermaksud cukai tanah. Ia merupakan satu daripada sumber kewangan Negara yang penting pada zaman Khalifah ‘Umar Bin al-Khattab (13-23H/634-644M). Beliau telah melaksanakan sistem kharaj secara adil, dengan mengubah cara asal perlaksanaan cukai tanah yang tidah sesuai pada zaman sebelum islam. Dalam pada itu, beliau cuba mengekalkan system asal sejauh mana yang boleh jika dianggap adil. Sistem kharaj yang dilaksanakan oleh Khalifah ‘Umar telah meringankan beban para petani berbanding dengan beban cukai yang berat yang dikenakan ke atas mereka pada zaman pemerintahan Rom dan Parsi, di samping member keuntungan dan sumbangan kepada institusi Baitul Mal (Pebendaharaan Negara).
Kharaj merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik sesuatu bidang tanah yang ditakluki oleh tentera islam, sama ada melalui peperangan atau secara aman. Sewaktu penaklukan Negara Iraq oleh tentera islam terdapat dua jenis tanah, iaitu tanah yang bertuan dan tanah yang tidak bertuan. Tanah yang bertuan ialah tanah yang mempunyai pemiliknya dan pemilik-pemilik tanah tersebut telah menyerah diri. Sementara tanah yang tidah bertuan ialah kerana tuan-tuan tanah berkenaan telah melarikan diri atau terkorban dalam peperangan. Kedua-dua jenis tanat ini dijadikan tanah kharaj dan dikenakan cukai, kecuali jika pemiliknya memeluk islam, maka ia secara atomatis menjadi tanah zakat. Ini adalah bagi kes tanah yang bertuan. Akan tetapi bagi tanah yang tidak bertuan kekal sebagai tanah kharaj walaupun pengusahanya beragama islam. Pada kebiasaannya tanah yang tidak bertuan ini diselenggarakan oleh penduduk tempatan kerana mereka lebih arif tentang urusan pertanian berbanding dengan orang Arab. Namun begitu dalam urusan pentadbiran umum seperti pengagihan kerja, penentuan kadar cukai dan pengagihannya adalah di tangan pemimpin-pemimpin tentera Islam berketurunan arab.
Mengenai tanah yang tidak bertuan atau disebut juga tanah terbengkalai, Khalifah ‘Umah mengarahkan supaya tanah-tanah nerkenaan tidak boleh dijual beli atau diagih-agihkan, tetapi hendaklah dijadikan sebagai milik bersama umat islam.
JENIS KHARAJ
Pada zaman Khalifah ‘Umar Bin al-Khattab, beliau telah membahagikan tanah kharaj kepada dua jenis, iaitu kharaj wazifah dan kharaj muqasamah. Kharaj wazifah yang juga dikenali sebagai kharaj masahah iaitu kawasan. Pemiliknya diwajibkan membayar cukai kharaj berdasarkan keluasan tanah dan jenis tanamannya. Kadar cukai akan ditetapkan berdasarkan keluasan tanaman, ataupun secara bayaran wang bagi setiap unit kawasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam. Contohnya, di tanah Sawad di Iraq, setiap jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham.
Kharaj muqasamah pula ialah berdasarkan kepada hasil yang diperoleh. Cukai dikenakan berasaskan hasil tanaman seperti ½, 1/3, ¼, 1/5, atau 1/6 daripada jumlah hasil tanaman tersebut. Cara ini pernah dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad (saw) ke atas penduduk Khaibar sewaktu pembukaan tanah tersebut. Penentuan kadar cukai ini dibuat berdasarkan kepada beberapa asas bagi mengelakkan penganiayaan dan kezaliman terhadap kaum tani.
8. JIZYAH
Jizyah dalam Kamus Bahasa Arab bererti cukai perlindungan. Jizyah berasal daripada perkataan jaza’ yang membawa ganti rugi atau balasan terhadap kebaikan atau keburukan.kata jamaknya jizan. Menurut Kamus Dewan, jizyah adalah merupakan suatu pemberian ufti yang dibayar oleh individu atau Negara bukan islam kepada Negara islam yang memerintahnya.
Iizyah juga didefinasikan sebagai cukai politik yang dikenakan ke atas orang bukan islam yang disebut Zimmi (orang bukan islam yang menetap atau bernaung dibawah pemerintahan islam) yang diberikan perlindungan oleh Negara islam ke atas keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Dan sekali gus meraka sama-sama bertanggungjawab bagi mempertahankan Negara dan patuh kepada undang-undang Negara yang melindunginya itu.
Selain daripada itu, jizyah ditakrifkan sebagai bayaran tahunan yang dikenakan ke atas orang bukan islamsecara individu dengan kadar yang munasabah mengikut kemampuan dan kedudukan serta memenuhi syarat-syarat yang membolehkan diambil jizyah daripadanya.
9. MATA WANG ISLAM
Penubuhan Negara Islam secara rasmi sesudah berlakunya peristiwa Hijrah Nabi Muhammad (saw) ke Kota Madinah pada tahun 622M, menandakan bermulanya Tamadun Islam. Selaras dengan perkembangan Tamadun Islam, wujudlah mata wang islam. Sejarah dan penggunaan mata wang turut mengalami turun naik berikutan dengan arus perkembangannya.
SEJARAH MATA WANG ISLAM
Sebelum zaman islam, mata wang Rom dan Parsi dengan duit Himyar yang mempunyai gambar burung hantu ‘Attic’ telah digunakan. Mata wang Rom berupa dinar emas, sementara mata wang Parsi berupa dirham perak. Mata wang asing ini terus digunakan sehingga zaman pemerintahan Abdul Malik Bin Marwan. Sebelum itu dipercayai bahawa tulisan ayat-ayat Al-Quran telah dicetak diatas mata wang asing tersebut. Mata wang emas dan perak pernah dicetak di Negara Islam sebelum zaman ‘Abdul Malik. Akan tetapi mata wang yang dicetak itu merupakan peniruan mata wang Rom dan Parsi.
‘Abdul Malik BinMarwan telah mula mencetak mata wang dinar emas dan dirham perak yang berunsur Arab-Islam buat pertama kalinya di Damsyik pada tahun 695M. Gabenornya di Wilayah Iraq, iaitu Al-Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi, telah mencetak wang perak di kota Kufah pada tahun berikutnya.
Sejarah pembentukan mata wang Islam dikatakan bermula pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab (634-644M). Pada waktu itu mereka telah mengadakan standardisasi mata wang perak. Sementara mata wang emas mereka menggunakan system yang dipanggil nomisma. Dalam dunia Islam terdapat 3 jenis mata wang dirham iaitu dirham Bajli dari Parsi, dirham Rumi dari negeri Rom dan dirham Tabari dari Asia Tengah. Keinginan untuk membentuk satu kesatuan besar dalam mata wang dirham menyebabkan berat dirham ditetapkan mengikut purata 14qirat (lebih kurang seberat 3.96gram). piawai qirat ini adalah mengikut sukatan yang diamalkan di negeri Yunani dan bukan piawai Parsi yang menggunakan dareq. Tujuannya ialah untuk menyesuaikan mata wang dirham perak baru dengan mata wang emas Yunani. Usaha ini kemudiannya diperbaharui oleh Khalifah ‘Ali. Beliau merupakan orang pertama yang mengadakan reformasi mata wang Islam yang dilakukan di kota Basrah pada tahun 660M dengan memperkenalkan mata wang dirham Islam yang ditulis dengan khat Kufi. Pada waktu itu mata wang ini belum dapat diedarkan secara rasmi di pasaran disebabkan kualitinya masih rendah dan piawainya yang belum tetap. Hanya setelah 40 tahun kemudian, barulah lahir mata wang rasmi yang benar-benar berkualiti dan standard setelah dilakukan ujian pencarian (searching-test). Kemunculan mata wang baru ini menjadi saingan kepada mata wang yang sedia ada.
10. EKONOMI UMAT
ISLAM DI NUSANTARA
SEBELUM 1800
System ekonomi Islam yang yang dilaksanakan di kawasan Asia Barat telah dijadikan model oleh Negara-negara Islam di rantau lain termasuk di Asia Tenggara. Oleh itu difikirkan tidak perlu mengulangi apa yang telah berlaku itu supaya ruang yang terhad ini dapat digunakan bagi mengisi bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan ekonomi orang Islam.
Setelah kita meneliti dan memahami system ekonomi Islam, sumber dan sejarah perlaksanaannya sejak zaman Nabi Muhammad (saw) hingga ke zaman ‘Abbasiyah, maka tumpuan kita seterusnya ialah pada sumber dan aktiviti orang Melayu di Nusantara. Daripada penambahan maklumat yang baru ini kita akan lebiih memahami struktur pentadbiran ekonomi orang Islam daripada pelbagai bangsa dan keturunan bagi mencerminkan senario sejarah perkembangan tamadun Islam yang unggul dari segi ekonomi, khususnya sebelum era penjajahan. Bagi tujuan ini dua buah kawasan penting di Kepulauan Melayu telah dipilih untuk dijadikan bahan perbincangan.
RUJUKAN
FAJAR BAKTI SDN.BHD
OLEH :
MAHAYUDIN HJ,YAHAYA
No comments:
Post a Comment